Masih tidak pandai berbicara






 assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan ,

  lama betul kita tak update blog nie . hari nie update . nak cerita apa erk ? err ... berkaitan tajuk ? oh ya baru perasan , tajuk di atas tu maksudnya kita masih tak pandai meluahkan perasaan kat blog nie.. huhu . tak lawak yeh ? hehe T____T biar kita gelak sengsowang

  tak pe .. tak pe . . jadi kita mulakan post kedua kita nie tentang cerita 'love you thousand times' yang hanya disiarkan di ONE HD . sekarang baru 16 episod . tapi cerita nie best sangat ^^ kita suka tengok . Kang Ho hensem ooo... haha . tapi kita tak minat korea.. hihi ;D


yang nie Cheol dan Nan-jeong . Kakak Eun-Nim , tapi bukan kakak kandung . Cheol nie kawan dengan Kang-Ho . Nan-jeong suka kang-ho tapi kang ho suka eun-nim (adik nan-jeong) . Cheol pulak sukakan nan-jeong . 


ha , yang nie pulak kang-ho dengan eun-nim . masa nie diorang da kawen kott , hehe . Kang ho nie ada abang , nama dia Se-hoon . se-hoon ada isteri (seon-young) yang tak boleh mengandung . kemudian mak mertua seon-young cadangkan agar mencari  ibu tumpang tapi tak de sape yang tau selain mak mertua nya dan jugak dia (seon young) . lepas tu bila se-hoon dapat tau isteri dia menipu , dia carik perempuan lain . namanya Hong . nama panjang dia dalam cerita tu kita tak tau . sebenarnya , ibu tumpang tu adalah eun-nim . maknanya , makwe kang-ho mengandungkan anak kepada abang kang-ho dan seon-young . 


hum , ini eun-nim , kang-ho , seon-young , dan se-hoon . tapi dalam episod sekarang nie (19) Hong dengan Se-hoon dah putus . sebab hubungan dia dengan isteri dia pun dah kembali pulih . oh dan lupa nak bagitau , Cheol tu adik kepada seon-young . 

sebenarnya , Hong tu anak kepada Puan Lee . iaitu orang tengah antara eun-nim (ibu tumpang) , Puan Lee (org tgh) , dan jugak Hyang Sook (mak mertua seon-young) . dalam masa yang sama , Eun-nim dengan hong nie pulak kawan baik . huhu..

Geum Ja (mak cheol) dan Ae-rang (mak tiri eun-nim) pulak kawan masa kat sekolah menengah dulu . manakala Puan Lee pulak kawan kepada So Weol (mak cik cheol) .

so macam-macam konflik ada kat dalam cerita nie . mana taknya , semuanya saling berkaitan . itu masih tak campur lagi mak bapak nenek eun-nim , makbapaknenek kang-ho , mak cheol , semuanya berkaitan . pendek kata , setiap pertemuan tu mengerikan dalam drama nie ^^

enjoy watching "Love you thousand times.." :)

10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN...

antara ciri - ciri nya adalah :

1. LELAKI YANG PRIHATIN -

Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI -

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH -

Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -

Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti carta tersebut.. janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah di lali, bebal atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN.... bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan kan...jadi...kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara kata...pun..ehsan Cik Tona jugak ni...iaitu mutiara kata yang berbunyi...

"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

sumber : sini